Apakah syarat-syarat untuk menduduki peperiksaan akhir?
- Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum layak menduduki sebarang peperiksaan:
- Telah mendaftar pengajian dan kursus berkenaan.
- Telah menghadiri 80% atau lebih kuliah/tutorial/amali bagi jangka masa yang ditetapkan; dan
- Pelajar yang sakit dan tidak memenuhi syarat (2) diatas hendaklah mengemukakan Surat Akuan Doktor. Surat Akuan Doktor swasta terhad kepada 2 hari berturut-turut dan tidak melebihi 8 hari se semester.
Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 2 Klausa 1.1 m.s.15 2)
Apakah fungsi Penasihat Akademik dalam urusan peperiksaan dan penilaian?
Fungsi Penasihat Akademik dalam urusan peperiksaan dan penilaian adalah:
- Membantu, membimbing dan menerangkan kepada pelajar mengenai sistem semester, sistem pendaftaran kursus /pengguguran kursus, sistem penangguhan semester dan sistem peperiksaan
- Memantau dan meneliti pencapaian akademik pelajar.
Rujukan: Pegawai Kaunseling, Politeknik Muadzam Shah
Berapakah bilangan kredit minimum dan maksimum yang boleh di ambil seseorang pelajar dalam sesuatu semester?
- Kredit minimum 12 dan maksimum 18
Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 3 Klausa 5.11 m.s 21
Bolehkah saya membuat rayuan pertimbangan semula keputusan apabila memperoleh keputusan gagal atau tidak memuaskan?
- Pelajar bukan semester akhir boleh membuat rayuan secara bertulis boleh dibuat kepada jawatankuasa peperiksaan Politeknik dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi.
- Bagi pelajar semester akhir pula, rayuan secara bertulis boleh kepada Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma melalui jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi.
Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 3 Klausa 14.1 m.s 28
Dengan siapakah saya berjumpa dalam urusan rayuan keputusan peperiksaan?
- Pegawai Peperiksaan Politeknik.
Bilakah tarikh tutup rayuan keputusan dalam sesuatu semester?
- Tarikh tutup rayuan adalah 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi diumumkan.
Bagaimanakah caranya untuk saya memperoleh transkrip keputusan peperiksaan?
- Melalui Unit Peperiksaan Politeknik masing-masing.
Sekiranya saya kehilangan sijil asal, bolehkah saya memohon sijil gantian?
- Sijil Gantian boleh diperoleh dengan mengemukakan Laporan polis, salinan kad pengenalan, no pendaftaran dan kursus yang diikuti.
Rujukan: Unit Peperiksaan, Politeknik Muadzam Shah
Apakah fungsi Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPTM?
- Fungsi Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPTM.
- Menentukan dasar berhubungan dengan peperiksaan atau penilaian di politeknik
- Mengesahkan keputusan peperiksaan
- Menimbangkan dan membuat keputusan bagi rayuan yang dibuat oleh pelajar berhubung dengan keputusan peperiksaan
- Menentukan penganugerahan sijil dan diploma politeknik
Rujukan: Akta Pendidikan 1996, Bahagian II, Klausa 5
Sekiranya saya tidak boleh menghadiri sesuatu peperiksaan atau penilaian atas sebab sakit, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
- Pelajar yang tidak boleh hadir peperiksaan atau penilaian atas sebab sakit, perlu memaklumkan dengan seberapa segera kepada Pegawai Peperiksaan dan mengemukakan Surat Akuan Doktor.
Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 2, Klausa 2.1 ms 16
Apakah yang menyebabkan pelajar dihalang dari menduduki Peperiksaan Akhir?
Pelajar dihalang menduduki Peperiksaan Akhir apabila
- Tidak mendaftar pengajian dan kursus berkenaan,
- Kehadirannya tidak mencukupi 80%
Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 2 Klausa 1.1 m.s.15
Bilakah tarikh keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan?
- Keputusan Peperiksaan Akhir adalah seperti yang dinyatakan di dalam Takwim Aktiviti Peperiksaan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Keselarasan Peperiksaan Politeknik.
Rujukan : Jawatankuasa Keselarasan Peperiksaan Politeknik.
Bagaimanakah keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan?
Keputusan peperiksaan akhir boleh diumumkan melalui cara-cara berikut:
- Menelefon unit peperiksaan politeknik masing-masing
- Papan kenyataan di setiap jabatan
- Laman web