Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

2 November 2019: Majlis perasmian "STREET ART PEKAN PAHANG" telah diadakan dengan kerjasama di antara Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Pekan, Majlis Daerah Pekan, AFSB dan Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual, Politeknik Muadzam Shah. Lukisan mural yang membawa elemen seni "Street Art" merupakan tarikan baharu bandar di Raja Pahang. Lukisan dinding ini dilukis pada bangunan sepanjang Jalan Teng Que, Pekan dengan bertemakan kebersihan dan berlatar belakang bangunan ikonik. Seramai 43 orang pelajar semester Akhir Diploma Rekabentuk Grafik dam 9 staff dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual terlibat bagi menjayakan "Street Art Pekan". Terima kasih Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Ismail dan TPSA kerana turut menjayakan majlis tersebut.

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active

26 Oktober 2019: Program GABMINDA 2019 atau Gabungan Minda ini merupakan satu aktiviti anjuran bersama Jabatan Rekabentuk & Komunikasi Visual (JRKV), Politeknik Muadzam Shah (PMS) dengan kerjasama Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (BK JPPKK). Tema GABMINDA kali ini adalah ‘Inhale Courage, Empowering Forte’ yang memberi makna penekanan kepada keberanian dalam mempertingkatkan kebolehan serta kekuatan diri pelajar. Program kali ini disertai oleh seramai 100 orang pelajar JRKV dari Politeknik Muadzam Shah (PMS), Politeknik Ibrahim Sultan (PIS), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) dan Politeknik Metro Tasik Gelugor (PMTG). Program ini diadakan di Kempville, Tanjung Lumpur, Kuantan bermula 22 hingga 24hb Oktober 2019. Penceramah-penceramah akademik program terdiri daripada Prof Madya Dr. Mohamad Hariri Bin Abdullah (Majlis Rekabentuk Malaysia), Tuan Sayed Munawar Bin Syed Mustar (CEO Perbadanan Kota Buku), Tuan. Daddy Budiman (Politeknik Negeri Padang, Indonesia) dan Tuan. Fadlan (Kana Art Institute, Acheh, Indonesia). Majlis Perasmian penutupan disempurnakan oleh Yg Bhg Prof Madya Dr. Mohamad Hariri Bin Abdullah (Majlis Rekabentuk Malaysia). Yg Bhg Dr. Hj. Abd. Latif Bin Ahmad, pengarah POLISAS yang mewakili Puan Noor Aidi Binti Nadzri (Bahagian Kurikulum, JPPKK) membaca teks ucapan aluan pada majlis kali ini. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pengarah PMS, Tn. Hj. Hassan Bin Ismail, Penolong Pengarah Kanan BKJPPKK, Puan Hassanah Binti Mohd Amin serta penolong pengarah BK JPPKK dan barisan KJRKV dari PMS, PIS, PTSS, PMTG dan PBT.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

12 Oktober 2019: Hubungan Politeknik Muadzam Shah dengan komuniti luar sentiasa dikekalkan dan terus ditambah baik. Ini terbukti dengan jayanya apabila Bulan Sukan Negara anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rompin telah berjaya menarik lebih 1000 penyertaan yang terdiri daripada pelajar sekolah-sekolah di sekitar Bandar Muadzam Shah dan juga penyertaan daripada mahasiswa/i PMS sendiri.

Perasmian Bulan Sukan Negara peringkat Daerah Rompin 2019 melabuhkan tirainya pada 12.30 tengahari dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dalam acara yang dipertandingkan. Turut dirai ialah Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Ismail yang menyambut ulang tahun kelahiranya pada hari yang sama. Tuan Pengarah juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan bertuah. Majlis yang sangat meriah ini turut dihadiri oleh En Yusuf, Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Dr Abd Rahim Awang (Timbalan Pengarah Akademik) PMS dan wakil-wakil dari agensi kerajaan yang lain seperti PDRM, Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah.

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

3 Oktober 2019:  

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi masing-masing menganjurkan ITE COVEX dan DICE yang merupakan projek inovasi pelajar bagi memilih peserta yang akan bertanding untuk mewakili jabatan ke pertandingan ICOVEX 2019 peringkat PMS. Sebanyak 4 pasukan akan dipilih untuk mewakili JPH, manakala 4 lagi pasukan akan mewakili JTMK. Program turut di hadiri oleh Tuan Haji Hassan Ismail, Pengarah PMS, Dr Abd Rahim Awang, TPA dan En Muhammad Iskandar Abu Thohib, TPSA. Dalam ucapannya, Pengarah sangat mengalukan penyertaan pelajar dalam program sebegini dan akan menyokong sepenuhnya penyertaan untuk mewakili PMS ke peringkat yang lebih tinggi. Penjurian adalah dibuat oleh panel luar yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang dipertandingkan.

Kemaskini Terbaru

Hubungi Kami

Politeknik Muadzam Shah, Lebuhraya Tun Abdul Razak, 26700 Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur.

Tel : 09 450 2005/ 2006 /2007

Fax : 09 450 2009

Email: webmasterpms@pms.edu.my

Pautan Agensi Kerajaan

link-04a.png
link-03a.png
link-02a.png
link-08a.png
link-06a.png
link-05a.png
KEEPINTOUCH-08.png
Free-Simple-Vector-Social-Media-Icons-03.png
Free-Simple-Vector-Social-Media-Icons-02.png
insta-02.png
Free-Simple-Vector-Social-Media-Icons-04.png
Copyright © 2019 Politeknik Muadzam Shah | Pihak PMS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman web ini. Sesuai dipapar menggunakan Mozilla Firefox 4 dan ke atas, Google Chrome 4 dan ke atas dan Safari 3.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.