12 Nov 2020: Kursus kesedaran EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) , PMS berlangsung di Bilik Mesyuarat JPH bermula 12 hingga 13 November 2020. Kursus selama 2 hari ini diadakan sebagai persiapan PMS untuk mendapatkan Pensijilan EKSA pada 2021. Turut hadir kursus ialah Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan Bin Ismail dan Timbalan Pengarah Akademik Ts. Dr Abdul Rahim Bin Awang. Kursus diadakan secara bersemuka dan online kepada 63 orang peserta yang terdiri daripada pensyarah dan kakitangan bukan akademik.