6 Nov 2020: Penyelaras Kebajikan JRKV En Nik Mohd Azim telah menganjurkan Program Kebajikan Food Bank peringkat Jabatan Rekabentuk Dan Komunikasi Visual 2.0 bagi pelajar yang masih berada di kampus. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Jabatan JRKV, Dr. Zulkifli Md. Yusof dan Pensyarah JRKV kerana membantu merealisasikan program pada hari ini. Semoga ada sedikit pahala untuk kita dan menjadi asbab kerahmatan kepada semua.