Cetak

Pengenalan

Sesebuah organisasi mampu berdiri gagah dan cemerlang dengan adanya kakitangan yang kompeten dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas. Maka tidak hairanlah kakitangan yang kompeten merupakan aset yang paling berharga dalam membantu organisasi bergerak menuju visi dan misi yang ingin dicapai. Dalam persekitaran teknologi yang berubah pantas, kakitangan perlu senantiasa bersedia untuk berubah dan belajar bagi meningkatkan daya saing serta kepakaran yang ada.

Justeru itu Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan ditubuhkan bagi membantu mengenalpasti,  merancang, menyelaras, dan melaksanakan latihan-latihan yang diperlukan oleh kakitangan politeknik. Latihan yang dirancang bukan hanya tertumpu kepada peningkatan kemahiran semata-mata malah latihan-latihan berbentuk peningkatan kendiri seperti kursus jati diri, komunikasi, integriti, kepimpinan, dan lain-lain turut direncanakan setiap tahun.

Selaras dengan keperluan Pembelajaran Sepanjang Hayat, ULPL turut menawarkan 3 kategori kursus di bawah Program Time Sector Privatisation (TSP) iaitu kursus pendek, kursus terlanggan dan Kursus Secara Sambilan. Kursus-kursus ini ditawarkan khusus kepada mana-mana institusi, masyarakat setempat dan individu yang berminat melalui penggunaan sumber kepakaran dan fasiliti yang terdapat di Politeknik Muadzam Shah

Fungsi

  • Menyelaras dan melaksanakan latihan/kursus/bengkel bagi memenuhi keperluan kompetensi semua kakitangan politeknik samada secara dalaman, luaran, formal dan tidak formal.
  • Menyelaras kursus pendek, kursus terlanggan dan Kursus Secara Sambilan (KSS) di bawah Program Penswastaan Masa (Time Sector Privatisation).
  • Menguruskan penempatan pegawai di industri di bawah program Sangkutan Industri Pensyarah.
  • Menguruskan pentadbiran dan urusan penginapan di Ivory Inn.
  • Menguruskan sewaan fasiliti Politeknik Muadzam Shah.

 Carta Organisasi

  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS  PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Rabu, 05 Julai 2017

 

 fbrss

Statistik Pelawat

165398
Hari IniHari Ini10
KeseluruhanKeseluruhan165398

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008