Cetak

Pengenalan

PENGENALAN

Unit Psikologi & Kerjaya  Politeknik Muadzam Shah (UPK PMS) merupakan unit yang bertanggungjawab memberikan perkhidmatan yang berkesan dalam membangunkan modal insan khasnya kepada pelajar dan kakitangan PMS supaya dapat melahirkan graduan dan pekerja yang berkualiti dari aspek fizikal, emosi dan spiritual.

 

Pembangunan modal insan ini meliputi beberapa aspek iaitu:

1)   Perkembangan – merancang, melaksana dan memantau program psikologi yang dapat mempertingkatkan potensi serta prestasi pelajar dan kakitangan selaras dengan objektif dan matlamat organisasi.

2)   Pencegahan – menggunakan kaedah psikologi yang bersesuaian bagi memastikan PMS melahirkan pelajar dan kakitangan yang berkualiti melalui penggunaan ujian psikologi, pembimbing rakan siswa/ pembimbing rakan sekerja dan kaunseling.

3)   Pemulihan – merancang dan melaksanakan program psikologi untuk mempertingkatkan keupayaan mengurus minda, emosi, sikap dan tingkah laku melalui kaunseling atau terapi.

 

Unit ini dianggotai oleh seorang Pegawai Psikologi & Kerjaya, 6 orang Penyelaras Psikologi & Kerjaya Jabatan yang dilantik oleh ketua jabatan masing-masing serta seorang Pembantu Am Pejabat.

CARTA ORGANISASI

VISI

Menjadi sebuah unit yang mampu melengkapkan graduan dan kakitangan PMS dengan ilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak, berkemahiran serta berupaya melahirkan modal insan yang berkualiti secara fizikal dan spiritual.

MISI

Menyediakan perkhidmatan yang terbaik berkaitan dengan pembinaan kognitif dan tingkah laku, mengukuhkan peluang kerjaya serta bertanggungjawab kepada penerimaan pengaruh persekitaran sosial.


OBJEKTIF


1. PERUBAHAN KOGNITIF DAN TINGKAH LAKU

Memastikan graduan dan pekerja minda kelas pertama yang mampu menggunakan pemikiran yang selari dengan tingkah laku secara positif, kreatif & kritis.



2. PENGUKUHAN KERJAYA DAN MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN

Memastikan graduan dan kakitangan menggunakan ilmu pengetahuan secara proaktif, kreatif, inovatif dan berkemahiran teknikal dalam meningkatkan kualiti hidup dan menyumbang kepada kesejahteraan sejagat.



3. BERTANGGUNGJAWAB KEPADA PENERIMAAN PENGARUH SOSIAL

Berusaha untuk bertanggungjawab, membangunkan dan mengukuhkan perpaduan, jati diri, keadilan sosial, menghormati kepelbagaian dan kesejahteraan diri, masyarakat serta negara.

 

 

HARI

PAGI

PETANG

ISNIN

8.00 – 1.00 PM

2.00 – 5.00 PM

SELASA

8.00 – 1.00 PM

2.00 – 5.00 PM

RABU

8.00 – 1.00 PM

2.00 – 5.00 PM

KHAMIS

8.00 – 1.00 PM

2.00 – 5.00 PM

JUMAAT

8.00 – 12.00 PM

3.00 – 5.00 PM

  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS  PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Sabtu, 16 September 2017

 

 fbrss

Statistik Pelawat

170380
Hari IniHari Ini62
KeseluruhanKeseluruhan170380

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008