Cetak

Jawatankuasa e-Pembelajaran

JAWATANKUASA e-PEMBELAJARAN POLITEKNIK MUADZAM SHAH
 
CeLT (Center for e-Learning& Teaching) adalah nama khas bagi Unit Pembelajaran Digital di bawah Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia. CeLT di wujudkan untuk membantu memperkasakan agenda e-Pembelajaran Negara khas untuk kesemua Politeknik Malaysia.  
Blog celtpoliteknik.org  telah ditubuhkan bagi memberikan maklumat terkini mengenai isu e-Pembelajaran di dalam dan di luar negara, serta hebahan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan e-Pembelajaran. Di politeknik, jawatan kuasa e-Pembelajaran ditubuhkan bagi membantu melaksanakan tugas-tugas berikut :
i. Merancang pembangunan e-Pembelajaran di Peringkat Politeknik
ii. Menubuhkan jawatan kuasa e-Pembelajaran Politeknik
iii. Menyelia perjalanan pembangunan e-Pembelajaran
iv. Menyelaras pembangunan dan penghasilan e-Pembelajaran
v. Menyelia dan membimbing pembangunan bahan di Politeknik
vi. Melapor pencapaian indeks pembangunan e-Pembelajaran (BLX-Blended Learning Index)
vii. Mewujudkan kolaborasi di antara Politeknik, Industri dan IPT dalam pembangunan bahan e-Pembelajaran
viii. Membudayakan penggunaan e-Pembelajaran di Politeknik
 
CURRICULUM INFORMATION DOCUMENT ONLINE SYSTEM (CIDOS)

Adalah merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh
Unit Pembelajaran Digital di bawah Bahagian Instruksional dan Pembelajaran Digital, Jabatan Pendidikan Politeknik sebagai medium interaksi antara pensyarah dan pelajar Politeknik. Menyediakan platform untuk menyimpan, memapar, menyedia maklumat pengajaran dan pembelajaran yang boleh dikongsi dengan tepat secara berpusat. (www.portal.cidos.edu.my)
 
LEARNING MANAGEMENT SYSTEM (LMS 2.5)

Aplikasi LMS ini merupakan salah satu alternatif untuk menjalankan aktiviti P&P (Pembelajaran dan Pengajaran) secara Online untuk mendapatkan nota-nota kuliah, soalan tugasan, contoh-contoh soalan peperiksaan, forum dan sebagainya berbanding kaedah konvensional.
 
SALURAN YOUTUBE ePEMBELAJARAN POLITEKNIK

1) GENERATION TVET
2) eDOLA Politeknik Malaysia
3) eConvergence 2015
 
CARTA JAWATANKUASA e-PEMBELAJARAN POLITEKNIK MUADZAM SHAH
 

  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS  PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Selasa, 21 November 2017

 

 fbrss

Statistik Pelawat

176074
Hari IniHari Ini30
KeseluruhanKeseluruhan176074

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008