Cetak

Pengenalan

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi mempunyai dua (2) orang Pegawai Teknologi Maklumat, tiga orang (3) Penolong Pegawai Teknologi Maklumat , seorang  (1) Juruteknik Komputer FT22 dan dua (2) orang  Juruteknik Komputer FT19.

Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi bertanggungjawab menguruskan semua urusan yang berkaitan dengan perkhidmatan ICT.

Objektif

Memberi perkhidmatan ICT untuk aktiviti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fungsi

i) Merancang, membangun dan mengawalselia inisiatif-inisiatif ICT seperti penyediaan prasarana pengkomputeran, pembangunan sistem aplikasi, pengurusan perolehan perkakasan serta perisian, pengurusan latihan dalam bidang ICT dan pelupusan perkakasan ICT.

ii) Mengendalikan latihan pengguna ke atas sistem aplikasi yang selesai dibangunkan serta memberi perkhidmatan sokongan kepada pengguna.

iii) Membangunkan serta menyelenggara sistem ICT bagi menyokong fungsi-fungsi operasi dan pengurusan.

iv) Bertanggungjawab membantu menyelenggara sistem-sistem yang ada di PMS.

v) Membangunkan dan menyelenggara prasarana rangkaian komunikasi.

vi) Menyediakan perkakasan dan perisian komputer untuk PMS serta mempastikan keselamatan dan integriti data.

vii) Memberikan khidmat sokongan bagi mempastikan operasi-operasi sistem ICT berjalan lancar.

Carta Organisasi UICT

  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS  PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Selasa, 21 November 2017

 

 fbrss

Statistik Pelawat

176074
Hari IniHari Ini30
KeseluruhanKeseluruhan176074

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008