Cetak

Pengenalan

Unit Hal Ehwal Pelajar diwujudkan selaras dengan penubuhan Politeknik Muadzam Shah pada 1 Ogos 2003. Unit ini terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu; Bahagian Pengambilan dan Data serta Bahagian Kebajikan dan Disiplin. Unit Hal Ehwal Pelajar adalah unit sokongan akademik yang terlibat secara langsung dengan semua pelajar di Politeknik Muadzam Shah. Bermula dengan pendaftaran pelajar-pelajar baru, Unit Hal Ehwal Pelajar juga sedaya upaya membantu urusan kebajikan pelajar disamping mengawal disiplin pelajar.

Objektif

1. Memastikan maklumat terkini mengenai kursus boleh diperolehi oleh umum.
2. Memastikan proses pengambilan dan pendaftaran pelajar ke politeknik dilaksanakan dengan sempurna.
3. Memastikan rekod dan data pelajar adalah tepat serta disenggara dengan sempurna.
4. Memastikan statistik pengambilan dan pendaftaran pelajar adalah tepat.
5. Memastikan pengurusan kebajikan dan disiplin dilaksanakan secara menyeluruh ke atas semua pelajar.
6. Memastikan tindakan disiplin diambil bagi semua kes-kes salahlaku disiplin yang dilaporkan di kalangan pelajar.

Fungsi

1. Memberi perkhidmatan berkaitan pengurusan pengambilan pelajar, pendaftaran pelajar baru dan pelajar senior, menyimpan dan mengemaskini rekod pelajar.

2. Menguruskan program Minggu Suai Kenal, memantau disiplin pelajar, menguruskan kebajikan, member khidmat dan maklumat berkaitan bantuan kewangan dan menguruskan perlindungan insuran kepada setiap pelajar, mengawal  selia badan induk pelajar iaitu Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan bertindak sebagai urusetia tatatertib pelajar.

 

Carta Organisasi

  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS  PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Selasa, 21 November 2017

 

 fbrss

Statistik Pelawat

176075
Hari IniHari Ini31
KeseluruhanKeseluruhan176075

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008