Cetak

Pengenalan

PENGENALAN


Unit Kamsis berperanan menguruskan pendaftaran dan penginapan pelajar di kolej kediaman Pelajar. Ia diteraju oleh Pengurus Asrama, Penyelia Asrama Kanan, dua orang penyelia, dan dua orang juruteknik dari UPP.

Kamsis Politeknik Muadzam Shah mempunyai sepuluh blok Kolej Kediaman Pelajar di mana setiap blok mempunyai lima aras bermula G, 1, 2, 3 & 4. Kolej Kediaman Pelajar ini mengandungi 360 bilik untuk setiap blok dan boleh menampung seramai 3600 orang penghuni.
Pecahan blok Kolej Kediaman Pelajar ialah Blok A, B, C, D, E adalah blok kolej kediaman pelajar lelaki dan Blok 1, 2, 3, 4 & 5 adalah blok kolej kediaman pelajar perempuan.

 

PIAGAM PELANGGAN


*Berfungsi sebagai unit yang memproses pendaftaran dan penginapan
pelajar di Kolej Kediaman Pelajar Politeknik Muadzam Shah.

*Proses pendaftaran penempatan pelajar diselesaikan pada hari yang
sama pelajar sampai untuk mendaftar.

 

 

OBJEKTIF


Membuat proses penempatan bagi pelajar yang mendaftar dengan kamsis
pada hari pendaftaran dan memastikan Kolej Kediaman Pelajar sentiasa selesa dan selamat untuk dihuni.

 

PRASARANA DI KAMSIS & KOLEJ KEDIAMAN PELAJAR

1. Pejabat Unit Kamsis
2. Pejabat Felo
3. 36 buah rumah Felo
4. 10 blok Kolej Kediaman Pelajar
5. Kapasiti penghuni Kolej Kediaman Pelajar seramai 3600 orang
6. Bilik mesyuarat kamsis
7. Bilik Rekreasi (setiap blok kolej kediaman pelajar)
8. Surau (setiap blok kolej kediaman pelajar)
9. Pusat Islam (Masjid PMS)
10. Koperasi Politeknik Muadzam Shah
11. Kafeteria 1 & 2
12. Mesin Basuh (dikelolakan serta diuruskan oleh Koperasi)
13. Padang dan gelanggang permainan (Pusat Sukan PMS)


Carta Organisasi    Direktori Staf Asrama

  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS  PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Selasa, 30 Mei 2017

 

 fbrss

Statistik Pelawat

162344
Hari IniHari Ini24
KeseluruhanKeseluruhan162344

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008