Cetak

Soalan Lazim Peperiksaan

Apakah syarat-syarat untuk menduduki peperiksaan akhir?

1.     Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum layak menduduki sebarang peperiksaan: 

2.     Telah mendaftar pengajian dan kursus berkenaan. 

3.     Telah menghadiri 80% atau lebih kuliah/tutorial/amali bagi jangka masa yang ditetapkan; dan 

4.     Pelajar yang sakit dan tidak memenuhi syarat (2) diatas hendaklah mengemukakan Surat Akuan Doktor. Surat Akuan Doktor swasta terhad kepada 2 hari berturut-turut dan tidak melebihi 8 hari se semester.

Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 2 Klausa 1.1 m.s.15 2)

Apakah fungsi Penasihat Akademik dalam urusan peperiksaan dan penilaian? 

Fungsi Penasihat Akademik dalam urusan peperiksaan dan penilaian adalah:

1.Membantu, membimbing dan menerangkan kepada pelajar mengenai sistem semester, sistem pendaftaran kursus /pengguguran kursus, sistem penangguhan semester dan sistem peperiksaan 

2.Memantau dan meneliti pencapaian akademik pelajar.

Rujukan: Pegawai Kaunseling, Politeknik Muadzam Shah

Berapakah bilangan kredit minimum dan maksimum yang boleh di ambil seseorang pelajar dalam sesuatu semester?  

•Kredit minimum 12 dan maksimum 18

Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 3 Klausa 5.11 m.s 21 

Bolehkah saya membuat rayuan pertimbangan semula keputusan apabila memperoleh keputusan gagal atau tidak  memuaskan? 

1.Pelajar bukan semester akhir boleh membuat rayuan secara bertulis boleh dibuat kepada jawatankuasa peperiksaan Politeknik dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi. 

2.Bagi pelajar semester akhir pula, rayuan secara bertulis boleh kepada Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma melalui jawatankuasa Peperiksaan Politeknik dalam tempoh 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi.

Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 3 Klausa 14.1 m.s 28  

Dengan siapakah saya berjumpa dalam urusan rayuan keputusan peperiksaan? 

•Pegawai Peperiksaan Politeknik.

Bilakah tarikh tutup rayuan keputusan dalam sesuatu semester?

 Tarikh tutup rayuan adalah 14 hari daripada tarikh keputusan rasmi diumumkan.

Bagaimanakah caranya untuk saya memperoleh transkrip keputusan peperiksaan?   

•Melalui Unit Peperiksaan Politeknik masing-masing.  

Sekiranya saya kehilangan sijil asal, bolehkah saya memohon sijil gantian?  

•Sijil Gantian boleh diperoleh dengan mengemukakan Laporan polis, salinan kad pengenalan, no pendaftaran dan kursus yang diikuti.

Rujukan: Unit Peperiksaan, Politeknik Muadzam Shah  

Apakah fungsi Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPTM?  

1.  Fungsi Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPTM.

2.  Menentukan dasar berhubungan dengan peperiksaan atau penilaian di politeknik 

3.  Mengesahkan keputusan peperiksaan 

4.  Menimbangkan dan membuat keputusan bagi rayuan yang dibuat oleh pelajar berhubung dengan keputusan peperiksaan 

5.  Menentukan penganugerahan sijil dan diploma politeknik

Rujukan: Akta Pendidikan 1996, Bahagian II, Klausa 5   

Sekiranya saya tidak boleh menghadiri sesuatu peperiksaan atau penilaian atas sebab sakit, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?   

•Pelajar yang tidak boleh hadir peperiksaan atau penilaian atas sebab sakit, perlu memaklumkan dengan seberapa segera kepada Pegawai Peperiksaan dan mengemukakan Surat Akuan Doktor.

Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 2, Klausa 2.1 ms 16   

Apakah yang menyebabkan pelajar dihalang dari menduduki Peperiksaan Akhir?

Pelajar dihalang menduduki Peperiksaan Akhir apabila 

1. Tidak mendaftar pengajian dan kursus berkenaan,  

2. Kehadirannya tidak mencukupi 80%

Rujukan: Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian Bab 2 Klausa 1.1 m.s.15 

Bilakah tarikh keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan?   

•Keputusan Peperiksaan Akhir adalah seperti yang dinyatakan di dalam Takwim Aktiviti Peperiksaan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Keselarasan Peperiksaan Politeknik.

Rujukan : Jawatankuasa Keselarasan Peperiksaan Politeknik.

Bagaimanakah keputusan Peperiksaan Akhir diumumkan?   

Keputusan peperiksaan akhir boleh diumumkan melalui cara-cara berikut:  

1.     Menelefon unit peperiksaan politeknik masing-masing 

2.     Papan kenyataan di setiap jabatan 

3.     Laman web  

 

  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS  PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Isnin, 22 Mei 2017

 

 fbrss

Statistik Pelawat

159461
Hari IniHari Ini21
KeseluruhanKeseluruhan159461

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008