Cetak

Pengenalan

 

Perpustakaan ini diasaskan bermula pada bulan Julai 2004. Ia terletak di tingkat satu bangunan kuliah pelajar. Bermula dengan sebuah bilik modul yang menempatkan hampir 2000 buah modul pelajar politeknik, dan dengan penambahbaikan yang telah dilaksanakan, pelajar dapat menikmati kemudahan yang lebih selesa walaupun dengan status politeknik yang masih menumpang di Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah.

Pada Disember 2010, perpustakaan Politeknik Muadzam Shah telah memulakan operasinya di kampus tetap PMS dengan infrastruktur dan kemudahan yang lebih baik. Memiliki bangunan 2 tingkat yang tersergam dan kondusif sebagai mercu tanda keagungan ilmu, perpustakaan PMS telah menyediakan pelbagai kemudahan yang diatur secara berperingkat untuk semua pengguna.

Fungsi

Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah diwujudkan untuk membantu proses pembelajaran dan pengajaran pelajar Politeknik ini.

Ia juga diwujudkan bertujuan untuk memainkan peranan sebagai pusat maklumat kepada pengguna khususnya staf dan pelajar Politeknik Muadzam Shah.

Fasiliti

Pada ketika ini, Perpustakaan Siber Politeknik Muadzam Shah menyediakan pelbagai kemudahan selain tempat yang selesa dan kondusif. Sesuai dengan penambahbaikan yanng dilaksanakan, perpustakaan PMS kini mempunyai beberapa kemudahan canggih bagi memudahkan proses pelaksanaan di bahagian Sirkulasi khasnya.

Antara kemudahan yang disediakan adalah:-

  • Self Check (Sistem Pinjaman Melalui KIOSK)
  • Book Drop (Sistem Pemulangan Bahan Melalui "ATM" Book Drop Machine)
  • Ruang Siber
  • Web OPAC (Sistem Pencarian Bahan Koleksi Melalui Online)

Keahlian

Keahlian Perpustakaan adalah dibuka kepada semua pelajar, pensyarah dan staf Politeknik Muadzam Shah. Untuk makluman semua, Kelayakan meminjam bahan bagi pelajar adalah sebanyak 2 naskah buku selama 2 minggu manakala pensyarah/staf pula boleh meminjam sebanyak 4 naskah buku 3 minggu. Denda lewat memulangkan buku adalah dua puluh sen sehari.

Waktu Perkhidmatan

Isnin - Jumaat : 8.30 pagi – 4.45 petang

Jumaat : 8.30 pagi – 12.00 t/hari, 2.45 petang - 4.45 petang
Sabtu, Ahad & Cuti umum : Tutup

Carta Organisasi

MyGOV 1Malaysia  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS LHDN PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Isnin, 15 September 2014

 

 fbrss

Statistik Pelawat

70966
Hari IniHari Ini83
KeseluruhanKeseluruhan70966

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008