Cetak

PILIHANRAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR POLITEKNIK BAGI TAHUN 2017

                                                                                                                      

 

NOTIS PEMBERITAHUAN PILIHAN RAYA

PILIHANRAYA JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR

POLITEKNIK BAGI TAHUN 2017

 

Calon Exco Majlis Perwakilan Pelajar dikehendaki bagi Tahun 2017.  Oleh itu, semua pelajar adalah dialu-alukan untuk menawarkan diri sebagai calon Pilihanraya Kampus.

 

 

MAKLUMAT PILIHAN RAYA

 

  • Ø PENYIARAN NOTIS PILIHANRAYA

TARIKH   : 01 DISEMBER 2016 (KHAMIS)               

 

  • Ø PENAMAAN CALON

TARIKH   : 06 DISEMBER 2016 (SELASA)               

TEMPAT : RUANG KAFETARIA (ASRAMA)

MASA     : 9.00 PAGI – 2.00 PETANG

  • Terdiri daripada 3 Orang (Calon, Pencadang, Penyokong)

 

  • Ø  AKTIVITI BERKEMPEN               

TARIKH   : 06 – 13 DISEMBER 2016

TEMPAT : SEKITAR KAMPUS PMS

MASA     : 8.00 PAGI - 11.00 MALAM

 

  • Ø TARIKH MENGUNDI               

TARIKH   : 14 DISEMBER 2016 (RABU)

TEMPAT : MAKMAL JABATAN JTMK

MASA     : 8.00 PAGI – 2.00 PETANG

 

  • Ø PENGUMUMAN KEPUTUSAN PILIHANRAYA              

TARIKH   : 14 DISEMBER 2016 (RABU)

TEMPAT : DEWAN BESAR

MASA     : 4.00 PETANG

 

 

 

KERUSI

 

Kerusi yang dipertandingkan terbahagi kepada KERUSI UMUM dan KERUSI JABATAN. KERUSI UMUM akan dipilih oleh semua pelajar politeknik. Bilangan KERUSI UMUM adalah sebanyak tujuh (7) kerusi, seperti berikut:-

 

i)                  Yang Di Pertua (1 kerusi)

ii)               Naib Yang Di Pertua (2 kerusi)

iii)            Setiausaha Kehormat (1 kerusi)

iv)            Naib Setiausaha Kehormat (1 kerusi)

v)               Bendahari Kehormat (1 kerusi)

vi)            Naib Bendahari Kehormat (1 kerusi)

 

 

 

KERUSI JABATAN akan dipilih oleh pelajar Jabatan Akademik masing-masing sahaja. Bilangan KERUSI JABATAN yang dipertandingkan adalah sebanyak 3 buah kerusi bagi setiap Jabatan Akademik, yang akan mengisi kerusi-kerusi Biro seperti berikut :-

 

 

i)                  Biro Akademik dan Latihan

ii)               Biro Multimedia dan Penerbitan

iii)            Biro Sukan dan Rekreasi

iv)            Biro Kerohanian & Moral

v)               Biro Perpaduan & Integrasi

vi)            Biro Kebajikan & Sosial

vii)         Biro Kebudayaan & Warisan

viii)      Biro Komunikasi Korporat

ix)            Biro Perhubungan & Pengantarabangsaan

x)               Biro Sahsiah & Disiplin

 

 

Borang-borang penamaan calon boleh diperolehi di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Akademik. (Borang Penamaan calon yang telah lengkap diisi perlu  di hantar ke Pusat Penamaan Calon pada hari penamaan calon.   Syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh setiap calon yang ingin bertanding dalam Pilihanraya Kampus adalah seperti berikut:-

 

  1. Calon menyediakan seorang pencadang dan seorang penyokong yang terdiri daripada pelajar yang tidak bertanding.

 

  1. Setiap calon dikehendaki membayar deposit sebanyak RM 10.00 sahaja dan akan dikembalikan selepas 3 hari dari pengumuman keputusan pilihanraya.

 

  1. Hanya pelajar yang berdaftar sepenuh masa sahaja boleh dicalonkan untuk bertanding dalam pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar.

 

  1. Pelajar semester Satu (1) program Diploma yang belum pernah menduduki peperiksaan pertama di mana-mana Politeknik tidak dibenarkan menjadi calon.

 

  1. Pelajar semester Satu (1) lepasan Sijil institusi Kemahiran dibenarkan menjadi calon dengan mengambil kira HPNM tidak kurang dari 3.00.

 

  1. HPNM pelajar Diploma Politeknik tidak kurang daripada 2.75.

 

  1. Pelajar yang tidak mengikuti pengajian di dalam kampus dalam tempoh masa setahun (Latihan Industri atau sebagainya) tidak digalakkan menjadi calon.

 

  1. Pelajar yang sedang menunggu keputusan perbicaraan tatatertib atau sedang menunggu perbicaraan tatatertib tidak layak bertanding.

 

 

 

 

 

                                               

PERATURAN KEMPEN

 

I)                  Tempoh Berkempen akan ditetapkan dan dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Kampus Politeknik.

II)               Calon-calon diberi peluang berucap selewat-lewatnya jam 11.00 malam.

III)            Calon-calon dan wakilnya dilarang membuat kecaman peribadi terhadap

Individu perseorangan. Tidak menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan Negara.

 

IV)           Bahan kempen dan risalah hendaklah mendapat kebenaran dari Jawatankuasa Pilihan Raya.

 

V)              Poster hanya boleh digantung sahaja di mana-mana kawasan kampus.

 

VI)           Calon wajib menurunkan semua poster dan membersihkan kawasan kempen dalam tempoh 24 jam selepas keputusan diumumkan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan wang pertaruhan tidak dipulangkan dan dikenakan tindakan tatatertib.

 

 

  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS  PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Selasa, 30 Mei 2017

 

 fbrss

Statistik Pelawat

162343
Hari IniHari Ini23
KeseluruhanKeseluruhan162343

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008