Cetak

Koleksi

Koleksi Perpustakaan mengandungi bahan rujukan dalam bentuk bercetak seperti buku, jurnal, majalah yang meliputi 31 judul majalah dan suratkhabar serta bahan bukan cetak seperti  cakera padat. Perpustakaan juga menyimpan koleksi soalan peperiksaan tahun-tahun lepas untuk rujukan para pelajar dan kakitangan Politeknik Muadzam Shah. Koleksi utama Perpustakaan adalah dalam bidang hospitaliti dan pelancongan, kejuruteraan (automatif dan mekanikal), perdagangan, sains, matematik dan komputer serta terdapat juga rujukan bidang am lain untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus yang ditawarkan di Politeknik Muadzam Shah.

Perpustakaan PMS menggunakan sistem pengkelasan Dewey Decimal Classification bagi tujuan untuk mengklasifikasikan bahan. Bagi memudahkan pengguna untuk mencari bahan rujukan yang terdapat di perpustakaan PMS, pencarian bahan dalam koleksi perpustakaan boleh dilakukan melalui sistem katalog perpustakaan atas talian (WEBOPAC).

Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah menyediakan pelbagai kemudahan dan bahan koleksi, antaranya;

KATEGORI

BUTIR-BUTIR BAHAN

Am

  • White Label
  • Boleh dipinjam mengikut tempoh yang telah ditetapkan

Red Spot

  • Red Label
  • Edisi Terhad
  • * Untuk rujukan di perpustakaan sahaja

Rujukan

  • Ensiklopedia, Kamus, Keratan Akhbar dan Kertas Soalan
  • * Untuk rujukan di perpustakaan sahaja

Bahan Bersiri

  • Journal dan Majalah

Suratkhabar

  • Berita Harian
  • Utusan Malaysia
  • New Straits Times
  • The Star
  • Sinar Harian
  • * Untuk rujukan di perpustakaan sahaja

 

Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah menggunakan Sistem "Dewey Decimal Classification (DDC)" bagi mengklasifikasikan bahan koleksi perpustakaan. Berikut adalah pecahan mengikut klasifikasi yang ditetapkan Dewey Decimal Classification (DDC):

DDC KLASIFIKASI
000 Sains Komputer, Maklumat, Karya Am
100 Psikologi & Falsafah
200 Agama
300 Sains Sosial
400 Bahasa
500 Sains Tulen
600 Teknologi
700 Kesenian & Sukan
800 Kesusasteraan
900 Sejarah & Geografi

 

MyGOV 1Malaysia  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS LHDN PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Khamis, 23 Oktober 2014

 

 fbrss

Statistik Pelawat

74529
Hari IniHari Ini23
KeseluruhanKeseluruhan74529

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008