Cetak

Pengenalan

Jabatan Pengajian Am (JPA) merupakan sebuah organisasi yang memainkan peranan sebagai jabatan sokongan bagi pelaksanaan program-program serta pengajaran dan pembelajaran kepada jabatan- jabatan induk yang terdapat di Politeknik Muadzam Shah (PMS). Terdiri daripada Unit Pendidikan dan moral serta Unit Bahasa Inggeris, jabatan ini berperanan sebagai peyelaras kepada kurikulum Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan moral . Selain itu, JPA sekaligus adalah unit yang bertanggungjawab dalam megendalikan kursus-kursus kokurikulum yang ditawarkan kepada pelajar semester 1 dan 2.

 

Seiring dengan matlamat yang ingin dicapai oleh PMS, JPA meletakkan objektif untuk membentuk moral, sahsiah dan memperkukuhkan nilai-nilai rohaniah para pelajar menerusi beberapa kursus yang dirancang dibawah Unit Pendidikan Islam dan moral. Manakala Unit Bahasa Inggeris pula menyusun dan melaksanakan kursus-kursus yang dapat mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, kemahiran komunikasi, membentuk keyakinan diri serta nilai kompetensi yang diperlukan pelajar dalam menempuhi alam pekerjaan kelak.  Dua unit ini juga bergabung dan berkerjasama dalam merancang program-program nilai tambah selaras dengan objektif yang digariskan.

 

JPA memiliki kakitangan seramai 19 orang iaitu terdiri daripada 7 orang pensyarah pendidikan Islam, 10 orang pensyarah Bahasa Inggeris serta 2 orang kakitangan pelaksana. Berbekalkan tenaga kerja yang efisien dan berpengalaman, JPA yakin dapat membantu melaksanakan tugas sebagai pelengkap kepada Jabatan-jabatan Induk Politeknik Muadzam Shah.

  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS  PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Selasa, 30 Mei 2017

 

 fbrss

Statistik Pelawat

162343
Hari IniHari Ini23
KeseluruhanKeseluruhan162343

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008