Cetak

Pengenalan

Politeknik Muadzam Shah (PMS) adalah politeknik ke-19 Jabatan Pengajian Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. PMS terletak di Daerah Rompin di Negeri Pahang Darul Makmur. Pada 23 November 2010, PMS telah beroperasi di kampus baru, yang menawarkan sepuluh (10) program akademik di peringkat diploma. PMS telah dianugerahkan MS ISO 9001: 2000 yang disahkan oleh SIRIM QAS International pada 6 Oktober 2006. Pada 6 Oktober 2009, PMS menerima MS ISO 9001: 2008 pensijilan.


Ditubuhkan pada bulan Ogos 2003, PMS mula operasi di Kolej Vokasional Muadzam Shah (ketika itu adalah Sekolah Menengah Teknik Muadzam Shah). Beroperasi di kampus sendiri pada akhir tahun 2010, Politeknik Muadzam Shah telah mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang serta muncul sebagai politeknik pemangkin dalam akademik, inovasi serta aktiviti-aktiviti tanggungjawab sosial.


Kampus PMS berkeluasan 156 ekar yang menempatkan tujuh jabatan akademik,  dan dua belas unit. Jabatan-jabatan akademik terdiri daripada lima jabatan utama dan dua jabatan sokongan. Jabatan-jabatan utama ialah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Perdagangan, Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual dan Jabatan Hospitaliti & Pelancongan. Jabatan-jabatan sokongan adalah Jabatan Matematik, Sains & Komputer dan Jabatan Pengajian Am.

  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS  PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Rabu, 05 Julai 2017

 

 fbrss

Statistik Pelawat

165398
Hari IniHari Ini10
KeseluruhanKeseluruhan165398

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008