Cetak

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (PENGATURCARAAN)

Pengenalan

 

Dalam usaha untuk bergerak sejajar dengan perkembangan pesat teknologi dan perubahan keperluan dalam industri, Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) telah berkolaborasi dengan industri-industri utama negara dalam membangunkan dan menyemak kurikulum program Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan). Kolaborasi ini bertujuan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan terkini dan kemahiran yang relevan untuk menghadapi cabaran global dan keperluan industri ICT. Tindakan inisiatif ini iaitu pembelajaran gabungan adalah satu bentuk pedagogi yang menggabungkan arahan kelas dengan simulasi pengalaman kerja sebenar berstruktur yang menyediakan pelajar untuk tempat kerja masa kini.

 

 

Sinopsis

 

Program ini menyediakan latihan dan pengajaran di dalam pengkomputeran khususnya pengaturcaraan komputer. Antara kursus yang ditawarkan di dalam program ini adalah Prinsip Pengaturcaraan, Asas Pengaturcaraan, Pengaturcaraan Berorientasi Objek, Teknologi .NET, Struktur Data dan Pengaturcaraan Web 1 dan 2. Pengetahuan dan kemahiran di dalam Keperluan Pengkomputeran, Perkasasan Komputer, Asas Sistem Pengoperasian, Sistm Pengoperaian Sumber Terbuka, Sistem Pangkalan Data, Keselamatan Sistem Maklumat, Rangkaian Komputer dan Projek memberikan peluang untuk pelajar-pelajar menceburi bidang kerja yang luas di dalam pelbagai sektor teknologi. Program ini juga menyediakan pelajar dengan kemahiran yang boleh dipindahkan dan pelbagai kemahiran yang membolehkan mereka untuk menyesuaikan dan menggunakan teknologi baru. Selain daripada kursus teknikal, pelajar juga mempelajari Komunikasi Bahasa Inggeris 1, 2 dan 3, Matematik, Pengajian Islam atau Pendidikan Moral, Tamadun Islam, Ko-Kurikulum, Soft Skills dan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan untuk meningkatkan kompetensi mereka di dalam soft skills.

 

Prospek Kerja

 

Pengaturcara diambil bekerja di hampir semua industri, tetapi sebahagian besarnya adalah di dalam industri komputer dan perkhidmatan pemprosesan data termasuk syarikat yang membangunkan dan menjual perisian. Selain itu, kebanyakan pengaturcara juga bekerja di syarikat yang menyediakan perkhidmatan pengurusan dan kejuruteraan, syarikat telekomunikasi, pengeluar komputer dan peralatan pejabat, institusi kewangan, syarikat insurans, institusi pendidikan dan agensi kerajaan.

 

Program ini membuka peluang pekerjaan sebagai:

  1. Pengaturcara Aplikasi Komputer
  2. Pengaturcara Internet
  3. Pengaturcara Web
  4. Pengaturcara Pangkalan Data
  5. Pembantu Penganalisa Sistem
  6. Pembangun Perisian
  7. Pentadbir Pangkalan Database
  8. Penguji Perisian
  9. Pengaturcara Sistem

MyGOV 1Malaysia  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS LHDN PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Khamis, 28 Ogos 2014

 

 fbrss

Statistik Pelawat

69419
Hari IniHari Ini59
KeseluruhanKeseluruhan69419

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008