Cetak

Program CSR Bank Rakyat Muadzam Shah di Kampung Buluh Nipis

KEPERITAN HIDUP MAYARAKAT ASLI ISLAM DI KG BULUH NIPIS MENDAPAT PEMBELAAN BANK RAKYAT MUADZAM SHAH DAN SAF YADIM PMS

 

Muadzam Shah, Pahang- Kehidupan masyarakat asli yang beragama Islam di Malaysia masih memerlukan perhatian dan bantuan yang berterusan daripada pelbagai pihak sama ada pihak kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) atau badan-badan korporat.

Atas kesedaran tersebut, Bank Rakyat Muadzam Shah dan Sukarelawan Al-Falah YADIM, Politeknik Muadzam Shah dengan kerjasama Surau Al-Barakah Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur dan Pejabat Kemajuan Orang Asli Muadzam Shah telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Program CSR Bank Rakyat Muadzam Shah di Kampung Buluh Nipis, Muadzam Shah pada 20 April 2017 dan 22 April 2017. Program yang diadakan selama 2 hari ini melibatkan kerja-kerja membaik pulih surau dengan mengecat keseluruhan dinding bangunan surau, membaiki bumbung surau yang rosak, memasang karpet dan kipas. Seramai 40 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Bank Rakyat Muadzam Shah, Ahli Jawatankuasa Surau Al-Barakah, Pasukan Sukarelawan Al-Falah YADIM Politeknik Muadzam Shah dan kakitangan JAKOA Muadzam Shah telah terlibat dalam menjayakan program CSR ini. Turut diadakan majlis ceramah agama yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Hanafiah bin Mohd Nawawi, Pengurus Pembangunan dan Kesedaran Syariah, Bank Rakyat, Kuala Lumpur. Manakala Majlis Perasmian Penutup Program CSR disempurnakan oleh Puan Norpazlyaton binti Pilus, Pengurus Bank Rakyat Muadzam Shah. Bacaan selawat dialunkan beramai-ramai dengan dipimpin oleh Ustaz Osman Jalaluddin bin Abdul Rahman, Bilal 1 Surau Al-Barakah MKBR sebelum bermulanya Majlis Penyerahan Bantuan dan Sumbangan Zakat. Turut menyampaikan ucapan alu-aluan ialah Encik Basri bin Ruhin, Pengerusi JKK Buluh Nipis dan Kapten Ustaz Mohd Shahkri bin Jusoh, Ketua Pasukan Sukarelawan Al-Falah YADIM, Politeknik Muadzam Shah. Seramai 70 keluarga yang beragama Islam telah menerima bantuan zakat sebanyak RM150 setiap keluarga dan sumbangan barangan keperluan makanan asas seperti beras, minyak, gula, tepung, sardin, teh, milo, biskut dan sebagainya dari Bank Rakyat dan Surau Al-Barakah MKBR. Menurut Norpazlyaton Pilus, Pengurus Bank Rakyat Muadzam Shah, bantuan dan sumbangan zakat yang diberikan oleh Bank Rakyat dan Surau Al-Barakah ini diharapkan dapat meningkatkan lagi taraf hidup masyarakat pribumi muslim di kampung ini dan mereka dapat menjalani kehidupan dan melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna. Manakala menurut Encik Basri yang juga Pengerusi Surau Kg. Buluh Nipis, beliau menzahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Bank Rakyat, Surau Al-Barakah, SAF YADIM PMS dan JAKOA kerana ada pihak yang sudi cakna terhadap keperitan hidup mereka terutamanya yang baru memeluk Islam dan dapat menyemarakkan lagi program dakwah di kampung ini melalui majlis ceramah agama dan program gotong-royong membaik pulih surau. Menurut Kapten Ustaz Mohd Shahkri pula, SAF YADIM PMS sentiasa bersedia dan mengalu-alukan kerjasama daripada pihak luar seperti Bank Rakyat dan Surau Al-Barakah MKBR untuk melaksanakan aktiviti dakwah dan program csr.

 

  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS  PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Selasa, 30 Mei 2017

 

 fbrss

Statistik Pelawat

162343
Hari IniHari Ini23
KeseluruhanKeseluruhan162343

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008