Cetak

SUKARELAWAN PMS CERIAKAN SKCD DENGAN LUKISAN MURAL

Pastinya pengalaman ini sangat beharga buat anak didik Mohd Rosdi bin Ripin dan Adilreza bin Shamsuri selaku penyelaras bersama dan pensyarah kursus pelajar tersebut. Menurut Nurul Liyana Nabila binti Mohamad, 19, pelajar semestar akhir Kursus Environmental Graphic, program ini memberi peluang kepadanya untuk menyumbang bakti kepada pihak sekolah dan landasan terbaik kepadanya untuk menyesuaikan diri dengan masyarakat selepas menamatkan pengajian nanti.

Selain itu, menurut  Kow Mee Lin, 19, aktiviti ini amat menyeronokan kerana dapat mempraktikan segala ilmu dan pengalaman melukis mural seperti untuk mendapatkan pelbagai warna lain, empat warna asas iaitu putih, merah, kuning dan biru mesti dicampurkan. Span dan jari menurutnya juga boleh digunakan sebagai alat melukis mural selain berus lukisan.Seni lukisan mural di dinding sekolah mempunyai keunikannya tersendiri kerana  ianya dapat merangsang minat dan motivasi pelajar untuk hadir ke sekolah sebagai tempat untuk menuntut ilmu. Hal ini terbukti apabila SK (LKTP) Chini 2 atau dikenali dengan nama SKCD kini berwajah baru setelah 39 pelajar yang juga ahli Sukarelawan iM4U dan YES! Politeknik di Politeknik Muadzam Shah berjaya mengadakan Program Motivasi Pelajar dan Lukisan Mural di sekolah tersebut. Tempoh program yang singkat iaitu selama 4 hari 3 malam merupakan cabaran utama kepada ahli sukarelawan ini untuk menyiapkan lukisan mural di tujuh lokasi terpilih iaitu di dinding pagar utama sekolah, kantin, bilik guru, kelas pendidikan khas, tandas, laluan kiri kanan tangga sekolah dan bengkel kemahiran hidup. Program motivasi juga diadakan pada hari akhir dengan melibatkan semua pelajar tahun 4, 5 dan 6.

Menurut Mohd Rosdi pula selaku Pegawai Sukarelawan PMS, program ini memberi peluang kepada ahli sukarelawan untuk melaksanakan khidmat bakti dan tanggungjawab sosial kepada komuniti dengan menggunakan kemahiran dan bakat yang mereka milik dalam bidang komunikasi & penyiaran dalam Islam dan seni lukisan mural. Matlamat utama penubuhan YES! Politeknik & iM4U Outreach Centre di PMS ialah untuk memastikan 20 peratus pelajar menjadi sukarelawan aktif.

  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS  PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Isnin, 22 Mei 2017

 

 fbrss

Statistik Pelawat

159461
Hari IniHari Ini21
KeseluruhanKeseluruhan159461

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008