Cetak

Bengkel Penulisan Resume dan Persediaan Menghadapi Temuduga

Program ini telah dianjurkan bersama oleh  Unit CISEC dan Unit Psikologi & Kerjaya PMS dengan melibatkan 80 orang pelajar PMS yang yang terdiri daripada pelajar semester akhir Jabatan Perdagangan dan Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi.

Bengkel ini dirangka khusus bagi tujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan cara penulisan resume yang efektif dan sesuai dengan kehendak industri semasa memandangkan perkara ini merupakan perkara utama dan asas bagi lepasan graduan untuk memohon pekerjaan selepas  tamat belajar.

Menyedari persaingan dalam memburu pekerjaan yang semakin sengit dan mencabar, bengkel ini juga menerapkan cara dan persediaan pelajar untuk menghadiri sesuatu temuduga.

Pelajar-pelajar ini telah didedahkan dengan pelbagai teknik persediaan sebelum menghadiri temuduga samada persediaan dalam bentuk fizikal dan mental sekaligus dapat memotivasikan mereka untuk membuat persediaan awal untuk menuju ke alam kerjaya.

MyGOV 1Malaysia  JPP MAMPU MDEC MSC ePerolehan HRMIS LHDN PTPTN SPA SPR

 

Terakhir dikemaskini: Selasa, 28 Oktober 2014

 

 fbrss

Statistik Pelawat

75041
Hari IniHari Ini73
KeseluruhanKeseluruhan75041

Mobile Web

Layari portal rasmi PMS menggunakan pelayar web telefon pintar anda.

MS ISO 9001 : 2008